Darahsatriadotcom

Sunday, 14 April 2013

Terkini : Anwar Berang Tindakan Najib!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan berterusan masyarakat Sikh kepada kerajaan selama ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan dasar inklusif yang memelihara kepentingan semua golongan masyarakat.

Perdana Menteri berkata, demi memastikan prinsip keadilan sosial seperti itu terus dikembangkan kerajaan, semua pihak termasuk komuniti Sikh diminta membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

Terkini : Pakatan Pembangkang Hilang Sokongan!

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Balik Pulau, Mohd. Bakhtiar Wan Chik ditunjukkan bukti bahawa dia tidak begitu diterima di kawasan ini apabila terlalu sedikit pengunjung Melayu yang menghadiri program ceramahnya. 

Ceramah yang diadakan di Pasar Awam Balik Pulau di sini dihadiri kira-kira 300 orang yang majoritinya terdiri daripada penyokong DAP.

Pendedahan : Taktik Kotor PAS Dikenalpasti!

UMNO Kelantan percaya pemimpin-pemimpin Pas akan mengunakan 'wang sumbangan' untuk mendapatkan undi sebagai strategi terakhir mereka untuk mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, gelombang perubahan telah melanda negeri ini justeru Pas akan melakukan apa sahaja termasuk memberikan sumbangan kepada pengundi dengan alasan ia adalah sumbangan ikhlas daripada pemimpin.