Kesan dakwat kekal sudah hilang pada jari telunjuk tangan sebelah
kiri. Kalau ada pun, mungkin kesan warna dakwat itu cuma kabur sebab
terselit di celah kuku dan jari atau tak dicuci bersih.
Hari ini, sudah lebih seminggu pemilihan wakil rakyat untuk
menentukan pembentukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat telah berlalu.
Semua orang masih memperkatakan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 -
dikatakan ibu segala pilihan raya. Rasanya banyak pihak terkejut dengan
keputusan itu.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Wednesday, 15 May 2013
Terkini : Kit Siang Sedang Marah!
Lim Kit Siang ternyata tidak mampu membendung kemarahannya berikutan kegagalan pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO.
Kini boleh dikatakan hampir setiap malam Penasihat DAP itu terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bersama sahabat karibnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap berlaku penyelewengan dan penipuan.
Kita tidak hairan dengan sikap Anwar kerana beliau sememangnya amat kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur. Selama ini Anwar sudah melakukan pelbagai usaha termasuklah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara bagi meraih sokongan, tetapi akhirnya impian itu tidak tercapai juga.