Darahsatriadotcom

Friday, 17 May 2013

PAS Redha, PKR Dan DAP Masih Tak Matang!

Pas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

"Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.

Perlukah Najib Dan Anwar Berdamai?

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla sedang merintis satu usaha untuk mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usaha yang dilakukan atas dasar kedua-dua mereka adalah sahabat baik Jusuf dan bagi menjaga kepentingan Malaysia dan Indonesia, walau bagaimanapun setakat ini belum diketahui hasilnya. Jusuf yang ke Kuala Lumpur bersama beberapa orang bekas menteri Indonesia pada 5 Mei lalu semasa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan telah menemui Anwar pada malam tersebut bagi menyatakan hasratnya itu.

Beliau kemudiannya menemui Najib pada 7 Mei di Putrajaya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan menyatakan harapannya agar kedua-dua tokoh itu tidak terus menerus berseteru.

Anwar Semakin Terdesak!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak apabila semakin ramai pemimpin negara luar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya.
 
Dalam ceramahnya, Penasihat PKR itu mendakwa akan mengemukakan bukti kepada Obama bahawa wujud penipuan dalam PRU-13.

Guan Eng Jangan Biadap!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti bersikap biadab dengan terus berlakon menjadi mangsa Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi kepentingan peribadi. 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan menggelar ROS sebagai ‘gila talak’ adalah kurang ajar dan dilakukan semata-mata untuk menutup dakwaan manipulasi undi dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) parti Disember lalu.

Saban hari ahli parti dan akar umbi ‘merayu’ padanya supaya pemilihan diadakan semula, apa yang beliau lakukan? Tiba-tiba kata ROS gila talak dan tubuhkan pula panel khas menyiasat ‘kekotoran’ yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.