Darahsatriadotcom

Monday, 20 May 2013

Gelaran Baru Untuk Anwar!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.
 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.


Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

Anwar Ibrahim Layak Dilucutkan Kerakyatan...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak dilucutkan kerakyatan dan diusir dari negara ini kerana tindakannya yang sering mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberitahu, petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar tidak sepatutnya dibiarkan terus berada di negara ini sebaliknya tindakan tegas perlu dilakukan.

Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa pemimpin pembangkang seharusnya ditahan kerana jelas terbukti melakukan perbuatan khianat dan menghasut rakyat.

Terkini : DAP Semakin Tertekan!

Sesuatu yang menghairankan apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan, pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahmad Zahid membuat kenyataan itu berikutan tindakan pembangkang yang terus memanipulasikan undi popular yang mereka peroleh seolah-olah ia melayakkan pembangkang untuk memerintah.

Tetapi seperti mana ditegaskan oleh Ahmad Zahid, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.

Tegas beliau, berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote seperti mana diguna negara-negara republik.

Giliran PERKASA Melenting!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada pembangkang berhenti memperlekeh pertubuhan itu berhubung pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Waythamoorthy dan yakin pemimpin itu mampu membawa perubahan besar kepada kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Menurutnya, keputusan Najib untuk tidak melantik mana-mana pemimpin Perkasa dalam barisan Kabinet baharu tidak sepatutnya menjadi isu kerana perjuangan Perkasa bukan bagi mengejar jawatan.

Dakyah Pembangkang Sia-Sia...

Tiada kenaikan harga barang kawalan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya ia hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak pembangkang semata-mata mahu memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Sehubungan dengan itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menggesa orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan pada masa sama akan bertindak terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.

"Penyokong pembangkang menyebarkan benda yang tidak betul, tiada barangan kawalan yang naik harga, malah subsidi yang sedia ada terus kekal.

"Jangan sebarkan khabar angin, kita perlu mengutamakan kepentingan negara tetapi jika ada peniaga yang benar-benar sengaja naikkan harga, saya akan turun ke bawah untuk ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.