Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan
maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang
dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad
Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi
memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat
beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad
Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas
Kiram.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Tuesday, 21 May 2013
Terkini : Apa Dah Jadi Dengan Anwar Ibrahim?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.
Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.