Darahsatriadotcom

Tuesday, 28 May 2013

ABC : Anwar Banyak Cakap!

Sekumpulan 50 aktivis prokerajaan di negeri ini menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah keras pihak yang masih mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya siri perhimpunan 'Blackout 505' selain menegaskan, sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan negara jika ada pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan serta kekerasan.

Pengarah Strategi PKR Bakal Ditelanjangkan!

Semua pihak yang mendakwa mempunyai bukti kepincangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, diminta mengumpulkan semua bahan berkenaan bagi memfailkan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas PRU-13 berakhir.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bukti dimaksudkan itu termasuk laporan polis berhubung dakwat kekal.

 
Dakwat kekal hilang

Beliau berkata, SPR tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis berhubung penggunaan dakwat berkenaan atau aspek berkaitan PRU-13.

“Kami di SPR juga ingin mengetahui mengapa ada kejadian dakwat tidak kekal kerana SPR tidak pernah berniat untuk menipu atau menyebelahi mana-mana parti politik.

“Kami menubuhkan pasukan khas untuk menyemak hal berkaitan dakwat berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi,” katanya yang berada di luar negara atas urusan rasmi.

Terdahulu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa dakwat kekal itu antara penipuan dilakukan SPR dalam PRU-13 , sekali gus bermakna kemenangan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai tidak sah.
Beliau yang membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana mendakwa, kesan dakwat di jarinya hilang pada jam 5 petang, iaitu hampir lapan jam selepas mengundi pada 5 Mei lalu.

Mengulas laporan polis itu, Abdul Aziz berkata, polis akan menyiasat laporan berkenaan dengan kerjasama SPR, iaitu tindakan sama diambil ke atas laporan lain sebelum itu.

Nafi dakwaan Rafizi

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah, Juhari Abdul Rahman, menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kononnya wujud pengundi hantu termasuk kejadian ‘blackout’ (gangguan bekalan elektrik) ketika proses pengiraan undi berlangsung PRU-13 lalu di negeri ini.

Katanya, sehingga hari ini iaitu selepas kira-kira tiga minggu PRU-13 berlalu, SPR negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai kes seperti didakwa Rafizi itu sama ada membabitkan kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi atau kewujudan pengundi hantu.

Dendam Siam Pada Karpal Singh!

Masyarakat Siam negara ini membantah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memansuhkan Dewan Negara.
 
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, tindakan itu bukan sahaja dilihat sebagai satu penghinaan kepada institusi negara, malah menafikan hak kaum-kaum minoriti untuk mengemukakan pandangan mereka di Parlimen.

Katanya, Dewan Negara sebelum ini memainkan peranan penting kerana memberi peluang kepada semua pihak termasuk kaum minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat Siam menyuarakan permasalahan serta pandangan dan pendapat menerusi wakil yang dilantik.

Terkini : Anwar Semakin Sasau!

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyelar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri sehingga ke saat kematiannya.
 
Selain Anwar, katanya, para pemimpin pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai nilai moral tinggi untuk bersara setelah kalah dan ini berbeza dengan pemimpin politik Barat yang menerima kekalahan secara terbuka dan meletak jawatan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

"Biar saya ingatkan anda, Anwar telah mengatakan dia akan bersara jika gagal menawan Putrajaya (memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Anwar tidak mengotakan janji.

Terbongkar : Mitos Undi Popular!

Tawadhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan! Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. 

Malah mengaku menang pula! Dan asas pengisytiharan kemenangan itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN)!