Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menggesa pakatan pembangkang, diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya
menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu
sebelum meneruskan usaha damai antara kedua-dua pihak.
Dalam wawancara disiarkan majalah politik Indonesia, Tempo,
Najib mendedahkan, Anwar telah menandatangani perjanjian damai
disaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, namun sehingga
kini masih tidak memperakui keputusan itu secara rasmi.
"Mereka perlu menerima keputusan pilihan raya terlebih dahulu. Itu
merupakan kandungan utama perjanjian tersebut dan Anwar sendiri telah
menandatanganinya. Kami (BN) terus memerhatikan perkembangan (pasca
pilihan raya)," katanya ketika dipetik dalam edisi online majalah Tempo hari ini.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Friday, 28 June 2013
Hebatnya Putar Belit Teresa Kok...
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengakui, artikel 'Azan,
Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' tidak menyatakan namanya secara
spesifik.
Beliau mengakui artikel itu hanya menyebut dua nama iaitu Ketua Pembangkang ketika itu, Dr. Mohammad Khir Toyo dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Teresa memberikan keterangan dalam perbicaraan kes saman RM30 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap kolumnis Datuk Mohd. Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan.
Saman itu berhubung artikel tersebut yang diterbitkan di kolum Cuit pada 10 September 2008 yang didakwa diterbitkan dengan niat jahat.

NGO Pro DAP Bidas Guan Eng!
Kongres Melayu Pulau Pinang
(KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP membidas tindakan Ahli
Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang seolah-olah memperlekehkan titah Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai 'skrip' yang
disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, kenyataan tersebut amat keterlaluan kerana Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP seperti menidakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terus mempertahankan undi popular yang diperoleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurutnya, kenyataan Guan Eng yang masih menyifatkan BN sebagai kerajaan minoriti menunjukkannya tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pembentukan sesebuah kerajaan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum.

Karier Politik Najib Bakal Dibunuh!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier
politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.
"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya .