"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Monday, 8 July 2013
Lagi Niat Jahat PKR Dikenalpasti!
Selepas bermati-matian memburukkan imej Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), pembangkang kini melancarkan pula gerakan menghasut
rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun sebelum Pilihan Raya Ke-14.
Walaupun gagal memboikot Utusan Malaysia sebelum ini, pembangkang yang tidak senang dengan pelbagai pendedahan media mengenai kepincangan pemimpin mereka turut mahu memboikot semua syarikat yang mengiklankan perniagaan di organisasi media tersebut.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli ketika mendedahkan perancangan itu dalam satu majlis makan malam parti itu di sini malam tadi mendakwa, tindakan boikot yang akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan dilaksanakan sehingga keempat-empat organisasi media berkenaan bankrap.

Pendedahan : Strategi Politik Cina...
Di Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa Cina untuk menyebar pengaruh seperti bahasa, budaya dan kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik tidak boleh dinafikan sama sekali.
Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum Cina terus merancang dan mengeksploit saluran-saluran kuasa dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.
Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.

Khusus Untuk Lelaki!
Jika anda menjadi lebih bersemangat dengan makan bijirin sarapan, tentu anda boleh lupakan Viagra. Memperkenalkan ‘Sexcereal’, sarapan pertama dunia membantu pembeli rasa teruja dengan memakan bijirin campuran termasuk erm, oat, bijirin chia dan serbuk maca.
Pencipta ‘Sexcereal’, Peter Ehrlich berkata: “Sexcereal mesti memberi kesan yang baik, berzat dan sedap.
“Kemesraan yang intim dan perasaan cinta adalah sesuatu yang hebat. Jangan dengar cakap orang yang menafikannya.”

Akhirnya, PAS Bersama UMNO!
Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak
memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, Pas dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyokong hasratnya untuk meminda
Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama
kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

Insentif Buat Penjawat Awam...
Penjawat awam berpeluang mendapat insentif atau kredit tambahan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT), sebagai penghargaan terhadap sumbangan diberi.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, ia akan diberi kepada mereka yang aktif dalam kegiatan luar, termasuk sukan, selagi tidak mengganggu tugas hakiki. Katanya, ketua jabatan akan diminta memberi kredit tambahan kepada yang layak berbanding penetapan pemberian markah lima peratus yang ditetapkan sebelum ini.
“Jika mereka (penjawat awam) mencapai peringkat atau tahap lebih tinggi, saya akan berbincang dengan ketua setiausaha kementerian supaya memberi markah penuh atau terbaik.
“Ini bertujuan menarik minat penjawat awam menyertai aktiviti luar mewakili jabatan dan negeri ke peringkat lebih tinggi,” katanya.