Darahsatriadotcom

Friday, 12 July 2013

Calon PAS Bakal 'Terbunuh'!

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menetapkan tiga `senjata' Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini. 

Tiga `senjata' itu ialah kekuatan calon, pengiktirafan Kerajaan Pusat kepada penduduk Besut dan kestabilan BN. 
Beliau berkata, kesemua `senjata' itu menjadi kayu ukur terhadap kekuatan sebenar BN dan memastikan DUN Kuala Besut yang selama ini menjadi kerusi tradisi BN dapat terus dipertahankan. 


"Kita tak memilih calon dengan tergesa-gesa. Kita menggunakan pendekatan MAP iaitu muka baru, akhlak dan pendidikan dalam memilih calon yang sesuai. 

"Ketiga-tiga kriteria ini sudah ada pada calon kita (Tengku Zaihan). Sebab itu kita yakin untuk menang dan menambah majoriti sekurang-kurangnya 4,000 undi," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK DUN Kuala Besut, di sini, hari ini. 

Mampukah PAS!

Barisan Nasional (BN) akan menurunkan barisan terkuat kempen dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dapat dipertahankan selain mencipta kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 24 Julai ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, hal demikian kerana setelah kematian penyandang kerusi tersebut, Dr. A. Rahman Mokhtar pada bulan lalu, BN kini hanya tinggal 16 kerusi sementara pembangkang kekal dengan 15 kerusi DUN di Terengganu.

Katanya, kerusi DUN Kuala Besut akan menjadi rebutan kedua-dua belah pihak terutama pembangkang yang sudah pasti bercadang untuk merampas kembali negeri itu selepas kehilangannya dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Melihat kepada situasi semasa, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu yakin BN tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Fitnah Di Bulan Ramadhan!

Kita tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan ‘kuncu-kuncunya’ ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka. Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13. 

Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.
 
Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan ‘Majlis Buka Puasa dan Makan Malam’ dengan tema Ops Scorpene. 

Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.  Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma. 

Perlantikan Husam Timbul Tanda Tanya!

Kisah di sebalik tabir Pilihanraya Kecil Kuala Besut memperdengarkan rungutan penyokong-penyokong PAS mengenai keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihanraya. Husam bakal dibantu oleh Dr. Hatta Ramli dan Ustaz Satiful Bahri yang bertindak sebagai timbalannya.  
 
Alasan PAS melantik Husam yang berasal dari Kelantan ialah kerana Kelantan mempunyai pengaruh besar Kuala Besut.  Ini kerana Kuala Besut terletak di sempadan Terengganu-Kelantan dan suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan. 
 
Walaubagaimanapun, penyokong PAS di Terengganu merasakan tindakan tersebut sebagai tidak wajar.  Hujah mereka, bukan sahaja kerana Husam Musa bukan orang Terengganu, tetapi juga kerana beliau adalah dari kumpulan Anwarinas yang kini dipandang serong oleh kebanyakan penyokong tulen PAS.  

Berpeluang Menang Besar!

PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek. Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu. Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS. 

Dalam PRU-13 yang lalu, BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434. Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan, BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut. 

Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM). 

PAS Meragui Kesetiaan Azlan!

Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah ‘kurang keyakinan diri’ yang kronik bagi parti itu. 

Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.  Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai. 

Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut. 
 
Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan?  Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja?  Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum? 

Guan Eng Mula Mem'babi'kan Diri!

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang agar lebih sensitif dan menangani segera isu pengaliran najis babi ke kawasan tanaman padi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bukan bertindak lepas tangan dengan menyerahkan kepada kementerian.

"Ahli Parlimen Bagan patut faham sensitiviti. Isu ini harus mereka selesaikan kerana di bawah bidang kuasa negeri, tetapi sebaliknya mereka tolak isu ini kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri mesti mengambil tanggungjawab dan kementerian sedia membantu.