Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sengaja memainkan sentimen perkauman sehingga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan lebih ketat ke atas semua NGO dan individu yang terlibat dan tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada.
Katanya, amaran tegas itu tidak melibatkan mereka yang cuba memperlekehkan agama Islam sahaja malah semua agama yang diamalkan secara harmoni di negara ini.