Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng
berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang
memerintah republik itu hari ini.
Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas
menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan
yang tidak berasas kepada UMNO.
Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU)
dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan
hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara
kedua-dua negara.
Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas
terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Wednesday, 31 July 2013
Rakaman Video Hina Islam!
Belum pun reda penghinaan melampau pasangan
kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa
dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook, satu lagi perbuatan
biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam
bulan Ramadan.
Kali ini, sebuah video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.
Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.
Anak muda yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.

Guling Kerajaan Cara Revolusi!
Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri, berkata antara ciri golongan Syiah ialah cuba menggulingkan kerajaan dengan cara revolusi, selepas sistem sedia ada gagal memenuhi matlamat mereka.
“Sebagai contoh, apabila golongan ini tidak dapat menguasai atau membentuk kerajaan, mereka akan ambil tindakan guling kerajaan, buat revolusi bagi memenuhi kehendak.
“Ini adalah sebahagian cara pergerakan golongan Syiah ini untuk membentuk kerajaan dan cara ini dihalalkan oleh pengikut mereka,” katanya sambil menegaskan, ada di kalangan pemimpin PAS yang mengagumi kebangkitan di Iran.

Isu Sensitiviti Kaum Membimbangkan!
Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang mengenai aliran semasa yang menunjukkan peningkatan pelbagai isu menyentuh perkauman dan sensitiviti agama yang semakin lantang diungkit pelbagai pihak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu menunjukkan seolah-olah masyarakat Malaysia sudah mencapai tahap ‘hyper sensitif’ sehingga ada perkara yang dalam keadaan biasa tidak dianggap sensitif tetapi sudah menjadi begitu sensitif sekarang.
Katanya, ia dibuktikan apabila sudah timbul pelbagai isu polarisasi kaum serta pelbagai kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama termasuk isu membabitkan Kementerian Pendidikan seperti murid tidak makan di kantin sekolah, baru-baru ini.