Barisan kepimpinan DAP didakwa sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan prinsip kronisme bagi memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass turut mendakwa, inisiatif itu merupakan rentetan atau jalan penyelesaian bagi pemimpin DAP daripada menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
"Kalau benar mereka telus dan adil, 10 kali diadakan CEC pun, ahli akan tetap pilih mereka. Apa yang perlu dibimbangkan? Sebaliknya mereka memberi pelbagai alasan serta menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Oleh sebab itu, mereka kini memberi tumpuan untuk membatalkan parti tersebut supaya dapat menubuhkan parti baharu yang bakal dipimpin oleh kroni mereka, sekali gus terus menguasai parti yang sepatutnya menjadi milik rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.