Orang Melayu jenis ini merasakan keislaman mereka yang diamalkan selama ini sudah tidak Islam lagi. Islam yang kita semua percaya sudah kurang keislamannya. Mereka mahu mencari lebih daripada itu. Mereka mahu mendapatkan kebenaran yang abadi.
Pendedahan bahawa 250,000 orang menyertai ajaran Syiah juga tidak memeranjatkan. Rata-rata sudah tentulah orang Melayu. Mereka ini mahu mencari syurga yang paling tinggi. Adakah Islam cara Melayu yang mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah hilang ketakwaannya?