Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia diterbitkan.
Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra Pak Lah" berkata beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.
Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".