Setiap kali UMNO hendak asah keris dalam memilih pemimpin baharu
akan timbullah isu ini - kita amat perlukan gabungan tenaga tua dan
muda.
Sebenarnya sejak 1946 lagi, UMNO telah mengamalkan gabungan tenaga
yang sihat. Mana-mana pihak khasnya yang muda seandainya berasakan
dengan program meremajakan UMNO hanya orang muda yang kebal - maka ini
tanggapan yang cukup besar silapnya.
Ungkapan istilah meremajakan UMNO disebut oleh Presiden parti, Datuk
Seri Najib Tun Razak hasil dari terjemahan semua pihak tetapi dengan
cara mengguna pendekatan idea-idea baharu. Dan bukan fizikalnya
semata-mata, yakni harus muda-muda belaka.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Monday, 23 September 2013
Pengajaran Sepanjang 50 Tahun Usia Malaysia!
Jika diibaratkan sebagai seorang manusia, usia lebih separuh abad lazimnya membentuk kedewasaan, kematangan, dan kebijaksanaan. Hal ini disebabkan pengalaman yang ditempuh sepanjang kehidupan banyak menimbulkan keinsafan dan pengajaran.
Demikianlah juga dengan Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai lebih 50 tahun seharusnya menjadikan negara dan rakyatnya dewasa, matang, dan berwibawa. Telah sedemikian banyak liku yang dilalui. Sudah banyak pula onak dan duri yang ditempuh. Dengan kata-kata lain, kita telah mengenal dunia dan mengetahui permainannya. Ibarat kata pepatah, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ranjau dan jurang hidup.
Resam kehidupan, ujian yang datang tidak mungkin ada noktahnya. Seperti diungkap al-Imam al-Syafi r.h.,: Ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti. Maka tidak hairanlah jika kita melihat semakin berusia negara ini semakin banyak dan hebat ujian yang melanda.
Antaranya termasuklah bentuk-bentuk ajaran dan pemikiran tertentu daripada Timur dan Barat yang tibanya bersilih ganti. Sekadar menyebut sebahagiannya cuma; sekularisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sedang diberikan perhatian kini, iaitu ajaran atau doktrin Syiah. Pemikiran atau doktrin yang tersasar jauh daripada landasan sebenar dan menyesatkan itu hakikatnya tidak mudah disekat hanya dengan menutup punca kemasukannya atau juga dengan menamatkan hubungan siasah yang telah sedia terjalin.