Toleransi tahap tinggi
yang ditunjukkan orang Melayu selama ini tidak harus dibalas dengan
perbuatan berbentuk provokasi terhadap agama Islam sehingga boleh
mengundang tindak balas ganas.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
sejak akhir-akhir ini pelbagai perbuatan provokasi dicetuskan
pihak-pihak tertentu dan akibatnya, wujud golongan ekstrem dalam
kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini yang membalas perbuatan
tersebut.
"Saya mengambil contoh kejadian gereja di negeri ini yang dibaling
bom petrol pada bulan lepas. Sebelum ini tidak ada kejadian sedemikian
tetapi apabila ada provokasi termasuk menggantung kain rentang mempunyai
kalimah Allah berhampiran beberapa gereja, maka wujudlah tindak balas
sedemikian.
"Dalam kes Teresa Kok pula, ramai yang memberi komen mengecam pihak
yang memberi tawaran untuk menampar beliau. Jika Teresa tidak mulakan
provokasi, tidak akan ada tawaran demikian," katanya.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Tuesday, 18 February 2014
Krisis Anwar, Orang Cina!
Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang
diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam
perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu
sehari sebelum itu.
Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.
Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.