Politik dan kerajaan tidak boleh dipisahkan. Sekian lama gelombang
politik di Malaysia diwarnai hitam putih perbalahan politik Melayu.
Realitinya wujud perbezaan persepsi dan perspektif Melayu dalam banyak
perkara. Salah satu isu yang besar adalah tanggapan tentang Islam dan
nasionalisme.
Di tanah air kita, makna kebangsaan yang merujuk kepada kewatanan dan
kenegaraan itu dilihat bagaikan terpisah daripada Perlembagaan yang
meletakkan Islam sebagai agama negara. Falsafah nasionalisme dilihat
dalam erti kebangsaan yang sempit bukannya kenegaraan atau kewatanan dan
peranan Islam dalam pengukuhannya.
Politik Melayu di Malaysia adalah antara UMNO dengan Pas. Sekarang
muncul Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti-parti lain yang tidak
semestinya seratus peratus Melayu. Ada campuran. Kalau ditanyakan
benarkah Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memperjuangkan Islam? Ya, betul.
Betulkah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) membangun dan
menegakkan Islam? Ya, betul. Jadi kenapakah kedua-dua parti umat Islam
pimpinan Melayu yang seiman dan sedarah ini tidak boleh duduk semeja
berunding mengenai persoalan hal ehwal kemajuan Islam?
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Darahsatriadotcom
▼
Wednesday, 19 February 2014
Makan Politi, Tidur Politik, Main-Main Politik!
Jika ada kajian terhadap penduduk yang paling banyak menghabiskan
masa berpolitik di dunia, mungkin Malaysia berada di tangga teratas.
Ia sudah menjadi semacam suatu ketagihan. Orang Malaysia seolah-olah tidak boleh hidup tanpa politik. Kalau boleh 24 jam berpolitik. Makan politik, tidur politik, bola politik.
Mungkin sebab itu, walaupun seluruh negara kecuali Sarawak, baharu sahaja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diuar-uarkan sebagai ibu segala pilihan raya, tidak sampai pun sembilan bulan, satu lagi pilihan raya menjelma.
Jika PRU-13 digelar ibu pilihan raya, mungkinkah pilihan raya kecil (PRK) yang dicipta ini wajar dipanggil anak pilihan raya?
Seperti mana ibu mengandung yang tempoh bersalin lazim memakan masa sembilan bulan, mungkinkah kelahiran `anak ini sememangnya telah dirancang?
Apa pun perancangan dan percaturan pemimpin politik di sebalik kelahiran `anak pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan, masa produktif rakyat Malaysia nampaknya akan terus terbuang gara-gara politik yang tidak berkesudahan.