Sikap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang
mengkritik manifesto Barisan Nasional (BN) tetapi gagal membuktikan
kemampuan manifesto pembangkang disifatkan sebagai 'sesuatu yang amat
menyedihkan'.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, manifesto
pembangkang jika dilaksanakan hanya akan menyebabkan negara muflis.
"Sesuatu yang amat menyedihkan melihat Kit Siang hanya mampu
mengkritik manifesto BN, tetapi gagal menyedari apa yang dihasilkan
mereka adalah retorik dan bersifat populis sehingga sukar untuk
dilaksanakan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Saturday, 13 April 2013
Bermula Episod Tikam Dari Belakang!
Sakitkah kena tikam dari belakang? Maksudnya, kena khianat oleh orang
yang dipercayai atau rakan bersekongkol.
Tidak payahlah menyesal sekarang sebab dari dahulu lagi sudah
diberitahu, jangan percaya dengan pakatan pembangkang sebab masing-masing mahu
mengejar kepentingan diri daripada kejayaan parti itu.
Wajib Baca : Antara Calon Boleh Menang Dan Calon 'Syok Sendiri'...
Selepas
debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13
diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi
membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.
Sememangnya
sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh
pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena
kerana memikirkan akan terpilih atau tidak.
Terkini : Pakatan Pembangkang Semakin Bergolak!
Memang benar, tidak adil jika mahu menyatakan Barisan Nasional (BN)
tidak berdepan sebarang masalah dalam soal agihan kerusi. Itu lumrah yang biasa
dihadapi mana-mana parti politik setiap kali tiba musim pilihan raya.
Namun, bagi pembangkang, agihan kerusi bukan sekadar satu masalah,
tetapi hampir pasti menjadi 'malapetaka' paling besar menjelang PRU-13 pada 5
Mei ini - hari yang bakal menentukan untung nasib pakatan antara Pas, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
PKR Semakin Serabut!
Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menegaskan beliau bersedia untuk berentap dalam Plihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi menentang Abangnya Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun. tegas beliau, keputusan untuk bertanding dalam PRU-13 adalah bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Friday, 12 April 2013
Politik Anwar Bakal Terkubur!
Hasrat pengendali blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh, melambangkan keberanian dan semangat tinggi.
Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai track record dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai 'modal' tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.
DAP Mulakan Pengkhianatan!
Selepas berkali-kali cuba melembutkan pergeseran dalam soal penentuan calon, DAP akhirnya memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada mengalah atau berdepan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, walaupun pertembungan tiga penjuru itu dianggap pengkhianatan yang tidak harus berlaku dalam pakatan pembangkang namun beliau tidak menolak kemungkinan tersebut jika PKR enggan mengalah dengan tuntutan DAP.
DAP dan PKR Ibarat Keluarga PAS!
Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"UMNO menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.
Khalid Ibrahim 'Tenat'!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.
Anwar Buat PAS Hilang Arah!
Pilihan Raya Umum Ke-13 ternyata semakin memaparkan kecelaruan, kekeliruan dan ketaksuban Pas berpolitik dalam usaha meraih kuasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kesediaan Pas untuk membenarkan calon-calon DAP menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum tersebut sudah membuktikan bukan kata prinsip yang sanggup digadaikan, malahan lambang pun akan dipertaruhkan oleh Pas asalkan boleh ke Putrajaya.
Jika sesiapa juga yang mengkaji Perlembagaan Pas terutamanya Fasal 3, 4, 5 dan sebahagian Fasal 6 serta memikirkan kembali tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas, mereka pasti akan menganggap betapa terdesaknya Pas memburu kuasa politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)