Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain
seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin
Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak
tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika
Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan
menyokong beliau.
Kemudian, apabila dia disingkirkan daripada UMNO dan menubuh parti
sendiri, ABIM mengambil pendirian bersama dengan beliau dan mendokong
falsafah dan konsep politik Anwar sehingga ada semacam deklarasi bahawa
warga besar ABIM wajib bersama Anwar.