Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 26 April 2013

Perjuangan PAS Abstrak!

Manifesto Pas Kelantan yang bergantung sepenuhnya kepada 'jika royalti dibayar' adalah satu perjuangan abstrak yang tiada harapan malah, boleh jadi tidak akan terlaksana sama sekali.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun berkata,
atas sebab itulah Pas Kelantan tidak mampu mengeluarkan satu aku janji seperti dilakukan BN Kelantan.

Masih Relevankah Perjuangan PAS?


Perjuangan PAS kini telah jauh tersasar dari arah tuju utama mereka. Segala usaha dan tekad mereka kini hanyalah berkiblatkan tampuk pimpinan Putrajaya. Sekilas lipatan sejarah memperlihatkan suatu ketika dahulu mereka cukup taksub dalam mentarbiyah ahli dan juga memperjuangkan negara Islam. 
 
Atas sebab itu juga penyokong-penyokong PAS tidak gentar menghadapi apa sahaja rintangan. Malah suatu ketika dahulu, apa sahaja yang dilakukan tidak langsung mengharap sebarang ganjaran. Suruhlah mereka panjat pokok setinggi-tingginya untuk memasang bendera PAS, mereka akan berebut-rebut untuk melakukannya.

Anwar Bertaubat?


Terserlah Taktik Kotor Pembangkang!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan pembangkang seperti Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang menggelarkan orang Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai bodoh adalah taktik kotor sedangkan kempen pilihan raya sepatutnya berlangsung dengan cara berhemah.

"Keghairahan pembangkang nampak lebih agresif macam esok sudah tiada lagi masa untuk mereka.

"Itu cara pembangkang, dia bukan sahaja boleh mengata orang, yang pandai semua dia sahaja...Bagi dia BN semuanya bodoh-bodoh, termasuk saya pun.

Anwar Semakin Kalut!

Kisah-kisah negatif lampau membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib terus diungkit pemimpin pakatan pembangkang dengan terbaru oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ucapannya di Felda Lepar Hilir 1 petang semalam, Anwar menceritakan beliau sendiri telah meminta beberapa pemimpin UMNO meletak jawatan ketika di tampuk kuasa dulu termasuk Muhammad kerana dakwanya, mempunyai skandal rasuah.

Thursday, 25 April 2013

Terserlah Tindakan Bodoh Nik Aziz!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran jelas bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Nik Abdul Aziz memberikan gambaran itu kepada wartawan di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Giliran Nurul Izzah Pula Meroyan!

Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini malam tadi.

Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.

Terkini : Kredibiliti PAS Semakin Rosak...

Imej serta kredibiliti Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam semakin rosak apabila isu video seks dikaitkan dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali tiada tindakan.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, sehingga kini Lajnah Tatatertib dan Majlis Syura Ulama parti itu hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan video tersebut telah tersebar khususnya di internet.

Akhirnya, DAP Terima Islam!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.

Giliran Anwar Ditendang DAP!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri Ketujuh sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-13.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...