Seperti biasa, Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai ‘pemaaf’, telah memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang diterjemah.
Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman agar jangan mencampuri urusan dalaman negara ini.
Nampaknya, Marino telah tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan diri sendiri. Bagaimanapun, kita percaya yang beliau merasa bertuah kerana terlepas cakap di Malaysia, bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana beliau mungkin sudah ‘kehilangan kepalanya’ sejurus selepas kenyataan seperti itu dibuat.
Keberanian Marino menyentuh isu tersebut dilihat berpunca dari sikap pembangkang, terutamanya PAS yang pernah menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan pihak Kristian itu, maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan.