Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 6 August 2013

Janji DAP Bukan Janji Ditepati!

DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana itu keputusan terbaik, mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, langkah itu juga menunjukkan ketulusan kepimpinan DAP berpegang pada janji mereka kepada umum untuk melaksanakan apa juga keputusan yang diumum oleh ROS.

Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, Abdul Rahman turut menjelaskan semua perkara berhubung pertubuhan diurus berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan ROS membuat keputusan berpandukan penjelasan yang diberi oleh pihak terlibat.

Akhirnya Anwar, Karpal Yakin Kewibawaan Polis!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Monday, 5 August 2013

Surat Misteri Ditangan SPRM!

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Guan Eng Terus Cari Helah...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus cuba memberi 'helah' untuk mengelak daripada mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila mengaitkan isu berkenaan dengan sistem kehakiman negara.

Menurut beliau, DAP tetap mahukan penjelasan kukuh daripada ROS sebelum parti itu mempertimbangkan untuk mengadakan semula CEC.

Beliau berkata, ROS tidak boleh sewenang-wenang memberikan alasan tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP yang sememangnya tidak dapat diterima sehingga mahukan pemilihan semula itu diadakan.

Cabaran Buat Anwar, Karpal!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

Tiada Penghargaan Buat Komunis!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya.

Parti DAP Akan Dibubarkan!

Barisan kepimpinan DAP didakwa sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan prinsip kronisme bagi memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass turut mendakwa, inisiatif itu merupakan rentetan atau jalan penyelesaian bagi pemimpin DAP daripada menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Kalau benar mereka telus dan adil, 10 kali diadakan CEC pun, ahli akan tetap pilih mereka. Apa yang perlu dibimbangkan? Sebaliknya mereka memberi pelbagai alasan serta menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Oleh sebab itu, mereka kini memberi tumpuan untuk membatalkan parti tersebut supaya dapat menubuhkan parti baharu yang bakal dipimpin oleh kroni mereka, sekali gus terus menguasai parti yang sepatutnya menjadi milik rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sunday, 4 August 2013

Kurang Ajarnya Singapura!

Tindakan sebuah akhbar di Singapura, The New Paper yang memburuk-burukkan Malaysia melalui laporan bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana... kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' ialah satu perbuatan yang tidak wajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, akhbar tersebut tidak sepatutnya membuat kesimpulan mudah dengan menggunakan insiden jenayah yang berlaku bagi memberi gambaran negara ini tidak selamat.

"Saya ingat, untuk mengatakan 'mati murah dan hidup mahal' itu tidak wajar. Keadaan itu akan menyebabkan perasaan yang tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan rakyat antara kedua-dua negara," katanya

Apa Kaitan Mahfuz Dan Syiah?

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mempertahan usaha kerajaan negeri menyekat penyebaran fahaman Syiah di negeri ini yang dilihat tepat pada masanya memandangkan peningkatan penularannya dalam kalangan penduduk.

Katanya, usaha itu bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), bukannya bertujuan politik seperti didakwa pembangkang.

Beliau turut menyifatkan pelbagai maklumat berkaitan ajaran Syiah yang didedahkan pihaknya, ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak kebelakangan ini berjaya mendedahkan tentang penyelewengan ajaran tersebut kepada masyarakat.

Marah Betul Nazri Aziz Dengan Cina Sorang Ni!

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.

"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...