Darahsatriadotcom

Sunday, 24 March 2013

Formula Kejayaan Malaysia Terbongkar...

Laporan Transformasi Nasional yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri baru-baru ini adalah satu testimoni kejayaan dan kesannya amat memberangsangkan.

Inilah jejak rekod (track-record) sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melakukan transformasi menyeluruh dalam bidang penggubalan dasar, strategi pelaksanaan, pengukuhan prasarana, pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan sumber daya insan, menyantuni kelompok miskin dan tidak berada dan mendukung strategi 'janji ditepati'.


Di antara intipati program transformasi yang diucapkan oleh Perdana Menteri adalah jumlah pendapatan negara telah meningkat kepada AS$997. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu. Kadar inflasi negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.

Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan sekolah. Sebanyak RM 22.3 bilion disediakan untuk subsidi. RM 873.5 juta untuk insentif manakala RM 14.6 bilion untuk bantuan. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah.

Kemampuan menawarkan 100,000 unit kediaman mampu milik dan 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar dibina dan dibaik pulih.

Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM 135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan.

Fokus dan strategi transformasi ialah untuk memacu Malaysia ke arah mencapai Wawasan Kebangsaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...