Darahsatriadotcom

Friday, 15 March 2013

Jumlah Masjid Pas Bina di Kelantan Bukti Canggah Sunnah Nabi

PAS yang bangga dengan gelaran Islam pada partinya, sanggup putarbelit fakta sirah nabawiyyah dengan mengatakan tidak mengapa masjid tidak dibina dengan jumlah yang banyak di Kelantan. Sedangkan jelas dalam sirah Nabi kita sangat pentingkan pembinaan masjid. Lantaran itu perkara pertama dilakukan di Madinah ialah mendirikan masjid. Sedangkan PAS menyatakan sebaliknya.

Fakta Nabi bina masjid sejurus tiba di Madinah boleh dicari di internet. Bahkan Harakah pernah mengakui fakta bahawa membina masjid dipuji Allah seperti yang telah dijelaskan dalam artikel atas nama Nik Aziz sendiri yang disiar dalam Harakah. 

"Ketikaberada di kampung Quba, Nabi s.a.w. telah mengasaskan pembinaan sebuah masjid yang dikenali hingga kini sebagai 'Masjid Quba'. Pembinaan masjid ini telah mendapat sanjungan dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan melalui firman-Nya yang bermaksud: 

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah patut kamu bersembahyang di dalamnya..."

(Surah At-Taubah ayat 108). 


Pembinaan masjid Quba dilakukan ketika Nabi singgah beberapa hari di kampung tersebut, Nabi s.a.w. mendahulukan projek masjid berbanding dengan pembangunan lain. Ia membawa pengajaran kepada umatnya, bahawa pembinaan tempat ibadat mesti diberi keutamaan. Agar kaum muslimin mendahulukan soal 'Hablun minallah', supaya kehidupan manusia muslim mempunyai asas yang kukuh. Dengan memberikan keutamaan urusan mentaati Allah, akan mendorong hubungan sesama manusia akan lebih teratur. " Sumber : Harakah

Masjid Syiar Islam sepatutnya menjadi pusat pertemuan jana perpaduan selain menjadi pusat keilmuan. Masjid sangat penting sehingga ia didahulukan dari perkara yang lain. Situasi ini jika dikaitkan dengan perkataan beliau yang terbaru bahawa penerima BR1M sama dengan haiwan jelas menunjukkan terdapat simptom kecelaruan akidah dan juga simptom kekurangan akhlak pada tubuh Nik Aziz yang digelar ulama oleh masyarakat.

Walhal masih banyak bukti ciri ulama tidak ada pada diri Nik Aziz yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan ajaran Islam seperti mendoakan pecah perut kepada saudara seagama, selain menyesatkan mereka dengan gelaran pelbagai termasuk munafik, fasiq dan sebagainya.

Apakah ini sebuah parti Islam, mari kita fikirkan sekali lagi perkara ini...

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...