Darahsatriadotcom

Friday, 15 March 2013

Lahad Datu : Luahan Hati Mantan Aktivis Pelajar


Saya ingin respon dan menyatakan pandangan peribadi saya mengenai PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.

Melihatkan kepada peristiwa yang telah menggemparkan Malaysia ini dan telah mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan negara membuatkan saya terfikir sejenak, membuatkan saya menilai masyarakat di sekeliling saya terutamanya di media sosial ini juga di alam nyata bahawa mereka mula buka mata dan sedar akan kepentingan pasukan PDRM,ATM seterusnya pasukan keselamatan negara yang lain.

Walau ada masih yang mengutuk,mencaci,menghina,menjebikkan bibir seolah-olah semua perkara yang dilakukan oleh Pasukan Keselamatan Kerajaan Malaysia ini tumpul, tidak cekap, maka bermacam-macam pandangan dan idea dari segenap ceruk masyarakat dilontarkan.

Mengapa begini,kenapa tidak begini?kenapa begitu,bodohnya begitu??dan sebagainya. Namun jauh dari sudut saya melihat, ramai yang mula sedar, mula rasa takut, mula rasa pentingnya pasukan keselamatan ini bagi melindungi negara Malaysia dari diceroboh yang akhirnya mungkin akan mengundang malapetaka kepada keluarga mereka sendiri terutamanya.

Beberapa ketika yang lepas, Polis, angkatan keselamatan negara pernah dicaci, dimarahi tapi hari ini dipuji,dibanggakan. Walau pada saat dan ketika ini masih ada kumpulan minoriti yang masih membenci mereka. Ingatlah wahai keluarga, sahabat,guru-guru, pensyarah-pensyarah,kakitangan kerajaan,swasta,peniaga-peniaga,anak muda dan masyarakat Malaysia, sesungguhnya kita tidak mahu negara kita dijajah lagi.

Kita tidak mahu negara kita tidak aman.kita tidak mahu negara kita kucar kacir. Sedar tidak sedar, sekumpulan masyarakat di Malaysia sebelum ini cuba meracuni, mendoktrinisasi minda melalui persepsi untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan menghilangkan rasa percaya kepada:

1)     Institusi KESELAMATAN NEGARA

2)     Institusi PERUNDANGAN NEGARA & PERLEMBAGAAN serta

3)     Institusi AGAMA.

Kalaupun kalian tidak mahu berfikir secara berfakta,cukuplah berfikir secara logik akal.Saya diajar dan belajar dari mereka yang pernah membuat kesilapan,agar saya tidak mudah silap.

 


CM Mantan Aktivis Pelajar

 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...