Darahsatriadotcom

Friday, 29 March 2013

Pesan Orang Lama : Jangan Mati Sebagai Penderhaka...

Baru-baru ini berlangsungnya Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden yang mengupas buku Cuit: Dilema Melayu Moden, sebuah karya himpunan rencana tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Menampilkan tiga orang panel iaitu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, wacana hampir dua jam itu sarat dengan peringatan untuk anak bangsa dalam 'mengayuh' masa depan atas nama perjuangan Melayu.


Malah, anak bangsa juga ditiup puisi bernada 'amaran' oleh Dr. Hashim agar mereka tidak mati di bumi berdaulat ini sebagai penderhaka. Juga, ingatan untuk mereka agar mempertahan kubu negara selain tidak menjadi pengkhianat dengan 'mengagung-agungkan' penderhaka di tanah tumpah darah ini.

''...Ini kedaulatan bangsa,
Ini maruah negara,
Kita pertahan,
Kita jaga,
Aduhai saudara,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kota kita,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kubu kita."

Itu antara bait-bait puisi ringkas yang dirakam menerusi luahan ikhlas beliau yang tersentuh dengan senario kedudukan semasa Melayu di bumi sendiri termasuk sikap anak bangsa yang sedikit terleka dek omongan kosong sang petualang bangsa.

Ini tegasnya, telah menjadikan Melayu yang suatu ketika dahulu hanya berbeza ideologi dalam skala kecil, kini mula membesar seperti dinyatakan oleh Zaini di dalam tulisannya. Sedikit sedutan daripada penulisan tersebut, tegas Zaini, secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...