Darahsatriadotcom

Saturday, 30 March 2013

Satu Analisa : Jangan Biarkan Pemikiran Kita Dijajah Media Baharu Pembangkang

Usia pasukan polis dari zaman penjajah pada tahun 1807 hingga kini ia dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjangkau 206 tahun. Lebih dari dua abad, dan ini menunjukkan kematangannya sebagai sebuah pasukan yang dibentuk dengan fokus menjaga keamanan dalam negara dan pesisir pantai.

Cabaran terbaharu wira kita kini adalah mereka diduga dengan serangan pengganas yang mengaku datang menuntut hak milik nenek moyang mereka.


Betapa sebuah negeri yang kita panggil negeri di bawah bayu sejak kita lahir, dan ia adalah Sabah sebuah negeri berdaulat dalam negara Malaysia yang merdeka, tiba-tiba kita mahu mengatakan bahawa ia bukan milik kita semata-mata kerana seorang raja yang menganggap sejarah boleh ditafsir menurut kefahamannya dan undang- undang menyebelahinya dengan bantuan pencacai-pencacai antarabangsa yang sememangnya dengki dan tidak suka melihat rantau sebelah Asia Tenggara kekal aman hingga ekonominya digeruni blok Barat.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...