Darahsatriadotcom

Thursday, 28 March 2013

Satu Analisa : Kit Siang...Kerana Namanya, Jawatan Atau Roket!


Lim Kit Siang, 72 berhijrah lagi. Kali ini ke Gelang Patah, Johor. Sekali lagi beliau yang berasal dari Batu Pahat merendah diri dengan menyifatkan keputusan itu sebagai satu ujian paling besar dalam hidupnya. Kenyataan itu lebih kurang sama ketika beliau melakukan penghijrahan dari Kota Melaka ke Tanjong. Pertarungan di Pulau Pinang ketika itu ibarat hidup atau mati politik.


Akhirnya, politik Kit Siang dan DAP hidup sehingga ke hari ini walaupun dalam siri pilihan raya umum (PRU), beliau direhatkan sepenggal sebagai wakil rakyat selepas kalah bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga pada PRU 1999.


Persoalannya : Adakah seperti Pulau Pinang yang menjadi denyut nadi Gerakan sebelum ini, Kit Siang mahu menggugat kedudukan Johor sebagai tiang seri UMNO atau jantung hati BN? Adakah kehadirannya nanti mampu memenuhi impian pakatan pembangkang untuk memenangi 15 kerusi di negeri jiran Singapura itu?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika mengumumkan keputusan Kit Siang bertanding di Gelang Patah berkata: Jika Lim Kit Siang mahu menjadikan Gelang Patah sebagai base untuk kita memenangi pilihan raya dan menawan Putrajaya, saya bagi sokongan..




No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...