Darahsatriadotcom

Friday, 22 March 2013

Terbongkar : Bagaimana Kiram Memperkuatkan Pengaruhnya...



Dalam usaha mendekati masyarakat di negeri ini, ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III dilaporkan sering datang ke Sabah sebelum kejadian pencerobohan awal Februari lalu.


Selain bertemu dengan sanak-saudara di sini, Jamalul Kiram juga dikatakan turut menyampaikan pingat kebesaran yang didakwa daripada Kesultanan Sulu kepada rakyat di negeri ini bagi menguatkan pengaruhnya.


Menurut sumber, satu upacara juga pernah diadakan di sebuah pusat peranginan terkemuka di Kota Kinabalu dan kos untuk mendapat pingat ini juga agak mahal sehingga ada yang mencecah RM30,000.


"Penerimanya pula ialah rakyat Malaysia sama ada dari Sabah atau Semenanjung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Dalam pada itu beliau berkata, bagi meyakinkan dalang-dalang dalam pencerobohan terlibat khususnya penduduk tempatan, mereka telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan.


Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...