Darahsatriadotcom

Thursday, 25 April 2013

Akhirnya, DAP Terima Islam!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.

"Mana boleh orang sokong bulan kalau tidak kerana gerakan Islam dan DAP terima sepenuhnya, saya syukur kepada Allah Taala, ini kita panggil rezeki bergolek," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di sini hari ini.

Menurutnya penggunaan logo Pas oleh DAP tidak akan menimbulkan masalah kepada ahli di peringkat akar umbi kerana yakin mereka memahami perkara itu.

Ditanya alasan Pas membenarkan DAP menggunakan logo parti itu, Nik Abdul berkata: "DAP sudah rapat dengan Islam."

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...