Darahsatriadotcom

Wednesday, 10 April 2013

DAP Buat Hal Lagi...

Sikap pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering tidak 'sebulu' dengan program-program pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan hanya akan merugikan rakyat.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, program-program yang dibuat itu bertujuan membantu dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, adalah mengecewakan sekiranya program-program seumpama itu tidak dapat direalisasi semata-mata mendapat tentangan daripada kerajaan negeri.


"Mereka (pemimpin pembangkang) hari-hari nak lawan (menentang projek kerajaan Pusat).

"Siapa yang rugi nanti? Kita (rakyat) yang rugi. Mereka tidak rugi, gaji dapat macam biasa," katanya ketika berceramah di Jalan Kampung Baru di sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Presiden 1Malaysia Brothers, Khoo Boo Eam.

Tunku Abdul Aziz memberitahu, rakyat seharusnya terus menyokong serta memilih kerajaan BN yang mempunyai rekod cemerlang sejak lebih setengah abad lalu.

"Jangan lupa UMNO, MCA dan MIC telah bekerjasama lebih 60 tahun bukan lima tahun macam kerajaan DAP Pulau Pinang," ujarnya. 

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...