Darahsatriadotcom

Sunday, 28 April 2013

Permainan Kotor Pembangkang Terdedah!

Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas -- di luar batasan demokrasi.

Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka.

Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN & UMNO.

Sikap taksub dan buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...