Darahsatriadotcom

Thursday, 11 April 2013

Terkini : Anwar Merosakkan Strategi PKR!

Akhbar Sinchew Daily bertarikh 9 April 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan penulis dikenali sebagai Lim Fang berkenaan strategi pilihan raya yang kerap berubah.

Awalnya, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak. Pemimpin pembangkang ini boleh membawa semangat dan mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Tetapi sikap salah satu daripada komponen pakatan iaitu Pas pula seperti menunggu habuan, seperti tidak yakin untuk melaungkannya dan hanya mahu memperkukuhkan parti sendiri.

Selang dua hari Anwar dengan lantang mahu bertanding di Perak, tiba-tiba semasa dalam ceramah politik di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri akur dengan sokongan pengundi di Permatang Pauh dan tidak mahu keluar bertanding di tempat lain.

Sikap mengalah sebelum bertanding itu menyebabkan Kit Siang berasa sedih tidak terkata. Pada pukul 12 tengah malam hari yang sama semasa memberi ceramah politik di Batu Pahat, beliau berteriak di hadapan pengunjung - Biarlah kalah, biarlah mati!" Adakah setelah Anwar membelakangi Kit Siang, masing-masing ada penjelasan tersendiri?

Lazimnya Kit Siang menggunakan taktik simpati awam untuk mendapatkan sokongan pengundi sepanjang kerjaya politiknya dan tidak pernah menggunakan taktik kalah dan mati" sebagai ungkapan dalam musim pilihan raya umum.

Penganalisis pakatan pembangkang menganggap emosi Kit Siang sedemikian mungkin kerana pengumuman Anwar tidak bertanding di Perak memeranjatkannya. Dengan semangat tinggi beliau bertanding di Johor, pengunduran Anwar seperti mengangkat kaki merosakkan strategi pakatan pembangkang, meninggalkan Kit Siang berjuang berseorangan.

Kali ini Anwar telah merosakkan strategi dan UMNO mengejek beliau kerana meninggalkan kawasan pengundi sendiri. Anwar terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau menjangkakan mungkin kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang begitu hebat.

Cara Anwar berdolak-dalik dalam hal ini menampakkan beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam memimpin pasukan sehingga dipersenda akibat perbuatan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...