Darahsatriadotcom

Saturday, 6 April 2013

Terkini : Manifesto @ Akujanji Barisan Nasional... #ManifestoBN #PRU13

Inilah antara intipati Manifesto @ Akujanji Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak :

# Akur janji ini merangkumi 17 bidang sekiranya kita dipilih oleh rakyat..

# Ekonomi dunia tidak menentu tetapi kita telah mencapai pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun sudah. Kejayaan Malaysia unik kerana model pertumbuhan diikuti dengan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.


# Cukai individu dan korporat dikurangkan secara beransur-ansur.

# Sebanyak 3.3 juta peluang kerja baru termasuk 2 juta dalam sektor berpendapatan tinggi akan dicipta.

# 1 juta rumah mampu milik akan dibina.

# BR1M akan dinaikkan secara beransur kepada RM1,200 bagi isi rumah.


# Baucer Buku 1 Malaysia akan dinaikkan kepada RM300 manakala Bantuan Persekolahan akan dinaikkan kepada RM150.

# Keretapi laju KL-Singapura yang akan melalui bandar2 di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru.

# 2,300 KM lebuh raya Pan Borneo akan dibina dari Sematan, Serawak hingga ke Serudung, Sabah.

# Masalah bekalan air terawat di Kelantan akan diselesaikan.

# Pelan Induk Pembangunan Pendidikan akan tingkatkan kualiti pendidikan menekankan BM, BI, Sains dan Matematik.

# Meningkatkan akses pra persekolahan kepada tahap 90 peratus dalam tempoh 5 tahun.

# Unit Rondaan Bermotosikal PDRM akan diperkukuhkan dengan tambahan 5,000 lagi motosikal.

# Autonomi SPRM akan ditingkatkan.

# Penambahan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan diperingkat nasional.






Untuk butiran sepenuhnya, bolehlah layari di http://manifestopru13.com

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...