Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa
bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai
usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke
dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.
Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala
kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang
untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.
"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di
mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil
kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika
berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
Dah Boss dia pun nak berkawan dgn syaitan, dia nak bagi halang apa hal!
ReplyDelete