Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran jelas
bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu
kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat
dengan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Nik Abdul Aziz memberikan gambaran itu kepada wartawan di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau memberikan 'restu' kepada penentang nombor
satu hukum hudud Pas, Karpal Singh untuk menggunakan logo Pas dalam
usaha Pengerusi DAP itu memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau
Pinang.
Karpal selama ini bertegas menolak hukum hudud Pas. Malah, pada hari
penamaan calon pada Sabtu lalu beliau memberitahu kesediaan DAP
menggunakan logo Pas tidak bermakna mereka menerima setiap dasar-dasar
Pas.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...