Darahsatriadotcom

Monday, 27 May 2013

Kantoi : Lakonan Ahli PKR Tidak Menjadi!

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sempat 'berlakon' dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

S. Jayathas, yang berusia dalam lingkungan 50-an dan merupakan ahli Biro Politik PKR, hadir di IPD itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu.

Dia dalam keadaan terbaring terlentang sambil tangan kirinya memegang kepingan dokumen 'pengsan' untuk beberapa saat.

Bagaimanapun, ahli PKR itu kembali 'tersedar' apabila polis ingin menghubungi ambulans dan bangun sambil menuduh anggota polis menolaknya.

Jayathas yang datang bersama ahli keluarga tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran dan sekumpulan kira-kira 30 orang memenuhi pekarangan IPD untuk membuat laporan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika keluarga N. Dharmendran sedang membuat laporan, Jayathas dilihat keluar masuk balai beberapa kali tanpa tujuan.

"Memandangkan ruang di kaunter dalam balai sudah dipenuhi ramai orang, dia kemudian diminta meninggalkan kawasan itu oleh anggota polis namun dia tetap berkeras untuk masuk.

"Walaupun sudah dihalang oleh anggota bertugas, dia tetap berdegil dan bertindak menolak polis sebelum berpura-pura jatuh dan pengsan.

"Apabila polis menawarkan untuk menghubungi ambulans, dia terus bangun dan sempat memaki polis," katanya ketika dihubungi.

Tambah Zainuddin, pihaknya akan mendakwa Jayathas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakut-nakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas.

1 comment:

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...