Darahsatriadotcom

Friday, 31 May 2013

Karier Politik Lim Guan Eng Bakal Berakhir?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada umum bagi membuktikan beliau tidak berbohong dan tidak pernah memanipulasi surat bertarikh 17 April 2013 itu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sekiranya cabarannya tidak disahut, itu membuktikan Guan Eng berdusta dalam isu surat tersebut semata-mata mahu meraih simpati rakyat.

Ujarnya, beliau sendiri membaca surat ROS kepada DAP itu dan di dalam surat berkenaan, langsung tidak dinyatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran DAP serta melarang penggunaan logonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

''Sebaliknya ROS hanya meminta DAP membuat pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan pada 15 Disember 2012 lalu. Itu sahaja.

''Ini yang menghairankan saya apabila tiba-tiba muncul isu pembatalan pendaftaran DAP dan juga larangan menggunakan logo DAP pada PRU-13. Kedua-dua isu ini langsung tidak disebut di dalam surat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuan Tat berkata, apa yang dilakukan oleh Guan Eng dan konco-konconya itu merupakan taktik kotor demi survival politik mereka di dalam DAP.

Selain mahu mendapatkan simpati rakyat, beliau berkata, tujuan Guan Eng memanipulasi isi kandung surat itu adalah untuk memudahkan 'tugasnya' meletakkan segala kesalahan kepada ROS dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

''Mereka mahu rakyat melihat ROS dan BN yang bersalah sedangkan dalam isu ini jelas DAP yang bersalah kerana gagal menyatakan kebenaran surat yang telah dihantar oleh ROS itu kepada masyarakat umum," ujarnya.

Hakikatnya, Tuan Tat berkata, Guan Eng takut untuk melakukan pemilihan semula CEC kerana terdapat 753 perwakilan DAP yang dinafikan haknya untuk memilih barisan kepemimpinan utama parti pada pemilihan parti Disember lalu.

''Seperti yang saya katakan sebelum ini jika 753 perwakilan ini dibenarkan hadir dan melakukan pemilihan, kemungkinan Guan Eng akan berada ke bawah di antara calon yang bertanding. Guan Eng tidak mahu perkara ini berlaku," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...