Darahsatriadotcom

Saturday, 18 May 2013

Pakatan Pembangkang Semakin Keliru!

Pelantikan pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri, menunjukkan Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan lebih tinggi kepada kaum India. 

Pengarah Strategik MIC S Vell Paari, berkata parti itu menyambut baik keputusan berkenaan yang membuktikan Perdana Menteri iltizam menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India. 


Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan negatif terhadap PM (Perdana Menteri) dan Barisan Nasional (BN), tetapi hakikatnya PM bersedia mengetepikan semua itu. 

Ia menunjukkan PM mengutamakan pembangunan kaum India berbanding perasaannya sendiri, katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan barisan baru Kabinet selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk dua menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India. 

Selain Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel, yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri, Datuk M Saravanan (Belia dan Sukan), P Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri). 
Bagi saya, lebih ramai kaum India memegang jawatan kerajaan, lebih meriah, katanya. 

Vell Paari berkata, MIC perlu melakukan penstrukturan semula dan rombakan parti daripada segi ideologi, dasar dan pendekatan untuk kekal relevan kepada semua rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...