Darahsatriadotcom

Thursday, 2 May 2013

Salahudin Ayub: Dihalau Dari Kelantan, Terkubur Di Selatan!

Di hambat keluar dari Kelantan dan terpaksa kembali ke negeri kelahiran yakni Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan dipertaruhkan pula untuk bertanding di Parlimen Pulai, boleh diibaratkan seperti menggali kubur sendiri.

Itulah nasib yang menimpa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kurang bernasib baik kali ini kerana PAS Kelantan tidak lagi memberi tempat untuknya di Parlimen Kubang Kerian berikutan tekanan pemimpin PAS tempatan. 

Untuk menutup rasa malu, awal-awal lagi semenjak pertengahan 2012 Salahuddin mempropagandakan cerita konon kepulangannya ke Johor disebabkan 'misi penting' untuk membantu PR menawan kubu kuat UMNO di Selatan. 

Itu katanya, tapi hakikatnya penerimaan pengundi di Kubang kerian terhadap Salahuddin sudah terlalu suram disebabkan selama dua penggal Naib presiden PAS itu menjadi wakil rakyat di sana, tiada satu pun impak positif yang membantu kehidupan khalayak.

Berbanding rakannya, dr Hatta Ramli yang berasal dari Perak tapi masih berpeluang mewakili PAS dalam PRU-13 di kerusi Parlimen Kuala Krai, itu jelas menunjukkan Salahuddin semakin tak bernilai pada kaca mata PAS Kelantan.

Rakyat Johor khususnya di Parlimen Pulai pula tidaklah sebegitu mudah untuk diperbodohkan apatah lagi untuk menerima seorang politikus sebagai wakil mereka selepas dihalau dari Kelantan. 

Salahuddin yang turut bertanding serentak di DUN Nusajaya sebenarnya sudah boleh menjangkakan hayat politiknya selepas PRU-13 ini, samada terkubur di negeri selatan tanahair itu atau pun terus malap untuk selamanya. 

Tak laku di Kelantan baru kini mahu berkhidmat untuk negeri sendiri, jawabnya kirim salam sajalah. Siap boleh berangan untuk menjadi Menteri Besar Johor, memang jenis muka tembok betul.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...