Darahsatriadotcom

Wednesday, 1 May 2013

Siapa Pakatan Sebenar?

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat tidak melihat kepada perkara remeh-temeh tetapi memikirkan soal yang lebih besar sebagai pertimbangan sebelum memilih kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
 
Perdana Menteri turut berharap rakyat tidak menghukum Barisan Nasional (BN) hanya kerana isu kecil sebaliknya turut menilai sumbangan besar parti itu dalam pembangunan negara.


"Jangan hanya kerana 'hujan sehari, habis kemarau lima tahun'. Kita harus memikirkan soal lebih besar daripada perkara remeh sehingga menyebabkan kita mengalih sokongan.

"Ini bukan bererti perkara itu tidak penting, seperti masalah tidak ada titi kecil di depan rumah atau sebagainya, lalu kita alihkan pandangan kita terhadap pembangkang," katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Serambit.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau berharap rakyat menilai kerajaan BN yang selama ini sanggup bersama-sama mereka dalam situasi susah dan senang.

Dalam masa sama, Najib yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan berharap pengundi di kawasan itu terus memberi sokongan supaya BN memperoleh majoriti lebih besar dalam PRU-13.

Katanya, kemenangan dengan majoriti besar di kerusi Parlimen itu akan menjadi penilaian terhadap sokongan rakyat terhadap BN.

Sementara itu di Pekan, Najib berkata, BN lebih layak digelar pakatan sebenar berbanding pembangkang yang tidak mempunyai persefahaman sejak awal walaupun telah membentuk satu pakatan antara mereka.

Menurutnya, pembangkang sudah nampak kucar-kacir termasuk calon berlawan satu sama lain tetapi dalam BN perkara seperti itu tidak berlaku.

"Jika dilihat pada dasarnya mereka sudah berbeza iaitu Pas bertegas untuk melaksanakan hudud sedangkan DAP akan menentang apa sahaja yang dilakukan Pas.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...