Darahsatriadotcom

Saturday, 18 May 2013

Taktik Baru Pembangkang Dikenalpasti...

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan isu penyebaran berita palsu melalui laman sosial mengenai kenaikan harga barang oleh pembangkang termasuk yang dikaitkan dengan peranannya sendiri sebagai satu perkara remeh.

Beliau yang bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu berkata, isu yang dianggap sebagai cubaan menghasut dan membangkitkan kemarahan rakyat itu tidak perlu 'digembar-gemburkan' kerana baginya, lebih banyak isu besar yang perlu diselesaikan ketika ini.

"Tak payah cakaplah pasal tu (penipuan kenaikan harga barang). Saya banyak benda lain lagi nak handle. Sebab apa nak highlight (ketengahkan) benda kecil macam tu?


"Sekarang ni orang tengah heboh pasal kebangkitan rakyat dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dalam PRU (Pilihan Raya Umum) yang lalu. Bukan lagi pasal isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Nama Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok sebelum ini turut dikaitkan sebagai penyebar dakyah berhubung kenaikan harga barang termasuk gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 baru-baru ini.

Dakyah itu disebarkan menerusi satu kenyataan di akaun Twitter miliknya Khamis lalu sebelum ditweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan beliau antara lain menyebut: "Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.

"Disebabkan itu, jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like, retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya seperti yang dipetik dalam laman web http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, Syed Azman juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai pembabitan kumpulan tentera siber yang dipercayai tajaan DAP iaitu Red Bean Army berhubung berita kenaikan harga barang asas palsu yang disebarkan menerusi internet.

"Saya tak nak ulaslah benda ini. Tak payahlah. Kita tumpu benda benda lain yang lebih penting," katanya.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...