Darahsatriadotcom

Wednesday, 5 June 2013

Akhirnya Anwar Yang Diliwat!

Dakwaan kemasukan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini jelas merupakan propaganda jahat pihak pembangkang bertujuan menghasut rakyat untuk membenci dan menentang kerajaan.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, panggilan 'penipu' cukup sesuai dilabelkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama bercita-cita untuk menguasai negara ini walaupun dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Saya pernah bekerja di bawah PKR dahulu dan kami memang dididik untuk membuat propaganda serta penipuan bagi memusnahkan agenda kerajaan tanpa memikirkan nasib rakyat.


"Kami dulu dilatih untuk menimbulkan isu yang bertentangan dengan kerajaan untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan yang melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu datang daripada pihak pembangkang sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M Atiqur Rahman semalam menyifatkan dakwaan kemasukan 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu ketika PRU-13 lalu tidak masuk akal dan merupakan propaganda jahat.

Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti didakwa oleh pakatan pembangkang termasuk di laman media sosial.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, rakyat negara ini perlu lebih berhati-hati dengan pelbagai agenda pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan.

"Anwar dilihat sanggup melakukan apa sahaja cara dan muslihat untuk mencapai cita-cita beliau yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan menjanjikan pelbagai perubahan sedangkan itu hanyalah sandiwara semata-mata.

"Jika betul kerajaan buat salah, kemukakan bukti di mahkamah, bukan dengan mengadakan provokasi jalanan dan perhimpunan haram yang boleh merosakkan nama baik negara kita," ujarnya.

Ismail Mina juga meminta pihak pembangkang segera berhenti meracuni fikiran rakyat dan menghormati keputusan PRU-13 lalu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...