PR memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai
gabungan itu di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula
minggu depan. Anwar berkata keputusan itu telah diputuskan dalam perbincangan bersama Majlis Tertinggi Kepimpinan PR yang telah diadakan.
"Dalam perbincangan, saya diminta untuk menyambung tugas sebagai Ketua
Parlimen PR bagi sesi ini," katanya secara ringkas pada sidang media, di
ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan DAP yang mendapat kerusi terbanyak di Parlimen
iaitu 38 kerusi telah mencadangkan penasihatnya, Lim Kit Siang
menyandang jawatan ketua pembangkang. Malah lazimnya, ketua parti yang paling banyak menang kerusi dilantik menjadi ketua pembangkang.
Bagaimanapun, Anwar dilihat "gentlemen" apabila menyatakan akan memberi
laluan kepada Kit Siang jika dipilih menyandang jawatan tersebut.
Namun, PR punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan ketua
pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada BN dalam pilihan raya
umum, 5 Mei lalu.
Pas dan DAP memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya penggal lalu. Pada PRU13 DAP berada di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi Parlimen.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...