Darahsatriadotcom

Monday, 3 June 2013

Bila PKR, DAP Tiada Lagi dihati PAS!

Penganjuran Perhimpunan Blackout 505 yang dijadual akan diadakan di negeri ini pada 12 Jun depan, tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Ia ditegaskan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

"Kita tidak terlibat mengenainya. Berhubung soal benar ataupun tidak diadakan di Kelantan ia bergantung kepada pihak polis bukannya kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Amar diminta menyatakan pendirian Kerajaan Pas Kelantan sama ada membenarkan ataupun tidak Perhimpunan Blackout 505 diadakan di negeri ini dijadual pada 12 Jun ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kepimpinan Pas meminta semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mana menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...