Darahsatriadotcom

Sunday, 9 June 2013

DAP : Parti Bersaiz Busut Yang Bongkak!

DAP tidak layak untuk menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana parti itu sendiri terlalu kerdil dalam politik di negara ini selain mampu bertukar wajah seperti musang berbulu ayam.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, DAP tidak akan mampu memperoleh kemenangan lebih banyak kerusi Parlimen daripada yang sedia ada sekarang jika mengambil kira populasi penduduk Cina di Malaysia yang semakin mengecil.

Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil berbanding UMNO.

''Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.

''Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak. Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labu kecilnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Guan Eng itu dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan, tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya khusus untuk kaum Cina.

Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana sokongan pengundi Cina setempat.

''MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai parti berbilang kaum.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...