Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla
menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai
imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri
meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut
selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu
Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti
menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau
tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila?
Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi
Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.
"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana
Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang
133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti
dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang
digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa
pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina
serta kemungkinan Thailand dan China.
Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat
besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan
tersebut.
"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes
kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut
jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang
Melayu?
"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti
DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas,
ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti
lain," katanya.
Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan
perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah
pihak iaitu musuh-musuh Islam.
Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau
berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di
Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat
besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan
tersebut.
"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia.
Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa
kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...