Darahsatriadotcom

Tuesday, 25 June 2013

Padan Muka Anwar...

Kerajaan Amerika Syarikat tidak berminat untuk mencampuri urusan dalam negara dan hal ehwal politik Malaysia, sebaliknya mahu mengekal dan meningkatkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. 

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul Jones berkata, hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia berada pada tahap memberangsangkan manakala kerjasama di dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan latihan ketenteraan semakin meningkat. 


Kami juga tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau memberi sebarang bantuan kepada sesiapa. Pilihan raya adalah urusan di dalam negara ini dan kami tidak terbabit” Paul Jones, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia


Pada sidang media yang diadakan di kediamannya kelmarin, Paul yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, berkata, pihaknya menyedari mengenai khabar angin yang mendakwa Amerika Syarikat memberi sokongan kepada pihak pembangkang ketika pilihan raya baru-baru ini.

“Saya tidak tahu dari mana khabar angin itu bermula, tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa Amerika Syarikat tidak campur tangan dalam sebarang isu dalaman dan politik negara ini. 

Tidak menyebelahi

“Kami juga tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau memberi sebarang bantuan kepada sesiapa. Pilihan raya adalah urusan di dalam negara ini dan kami tidak terbabit. 


“Sebagai duta saya bertemu sesiapa saja tanpa membincangkan pandangan politik mereka. Kami menghormati kedaulatan negara ini,” katanya.

Mengenai isu yang melanda Malaysia dan rantau Asia Tenggara, termasuk tuntutan bertindih ke atas kepulauan Spratly, beliau berkata Amerika mengekalkan sikap tidak mengambil sebarang pendirian sebaliknya mahu semua masalah diselesaikan secara aman.

“Semua masalah hendaklah diselesaikan secara aman dengan rundingan dan mematuhi kod etika antarabangsa,” katanya.

Sementara itu Jones menyifatkan tempoh perkhidmatannya di negara ini sebagai berjalan lancar tanpa sebarang cabaran besar dan kagum dengan cara hidup serta budaya masyarakat negara ini yang berbilang kaum.

Jones berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya, peningkatan hubungan antara kedua-dua negara dan pelbagai usaha memudahkan kedatangan rakyat Malaysia ke Amerika adalah antara kejayaan yang berjaya dicapainya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...