Darahsatriadotcom

Saturday, 8 June 2013

Ugutan Bunuh Melalui Telefon!

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam. 

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira jam 
10 pagi tadi berkata, ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada jam 10.10 malam tadi. 


Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis. 


"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya. 

Beliau berkata, ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen. 


"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...