Darahsatriadotcom

Thursday, 11 July 2013

Jom Boikot : The Star Untungkan DAP!

Selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan berhubung artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah pula melakukan perkara serupa.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Mohd. Puad itu selain berpendapat tindakan akhbar berbahasa Inggeris tersebut hanya akan merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.

Kelmarin, Mohd. Puad mempersoalkan tindakan Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.


Berikut kenyataan penuh Khairul Anuar;

1. Kita menyokong kenyataan Puad Zarkashi di mana beliau mempersoalkan sama ada akhbar The Star mempunyai agenda khas untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO menjelang pemilihan parti yang akan datang. Tindakan The Star hanya akan merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.

2. (Datuk Seri) Wong Chun Wai dan Joceline Tan perlu beri penjelasan mengapa mereka terlalu minat dan taksub untuk melaga-lagakan Shahrizat dengan Syed Ali. Kita juga amat hairan mengapa mereka enggan membongkar cerita sebenar mengenai kemelut CEC Election Fraud dalam DAP dan layanan buruk terhadap musuh politik keluarga Lim.

3. Kita juga minta Chun Wai perjelaskan sama ada benar desas-desus mengatakan saman Lim Guan Eng terhadap beliau adalah satu sandiwara politik atau silap mata. Kita secara jujur minta penjelasan dan ini bukannya satu dakwaan.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...